Kadar Faedah Pinjaman Kereta – Nak beli kereta zaman sekarang, bukan setakat tengok harga bulanan je. Ramai pembeli muda termasuk first time buyer sering terlepas pandang satu elemen penting kadar faedah pinjaman kereta. Walaupun perbezaannya nampak kecil, tapi kalau dikira dalam tempoh 7 ke 9 tahun, jumlah interest boleh jadi ribuan ringgit beza antara satu bank dengan yang lain.
Kalau korang tengah buat survey, mesti pernah tengok rate berbeza dari bank ke bank ada yang serendah 2.25% dan ada juga cecah lebih 4%. So, penting untuk tahu kadar faedah mana paling berbaloi mengikut bajet dan jenis kereta, sama ada kereta baru atau kereta terpakai.
Kami akan senaraikan kadar faedah dari beberapa bank utama di Malaysia dan juga tunjuk cara kira faedah supaya korang boleh buat keputusan lebih bijak.
Kadar Faedah Pinjaman Kereta

Tak semua bank tawarkan kadar yang sama. Kadang beza 0.5% pun boleh buat banyak beza pada jumlah bayaran akhir. Jom kita tengok satu per satu.
1. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Public Bank
Public Bank antara pilihan popular untuk pembiayaan kereta sebab kadar faedahnya yang konsisten dan kompetitif. Untuk kereta baru, kadar faedah pinjaman kereta Public Bank biasanya bermula sekitar 2.30% hingga 2.80% bergantung kepada tempoh pinjaman dan model kenderaan. Kalau kereta nasional macam Proton atau Perodua, ada peluang dapat preferential rate yang lebih rendah.
Untuk kereta terpakai, kadar faedah boleh meningkat kepada sekitar 3.50% ke atas. Pembeli juga boleh semak baki pinjaman kereta Public Bank melalui SMS untuk pantau status bulanan dengan mudah.
2. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Bank Islam
Bank Islam menawarkan pembiayaan secara patuh syariah menggunakan konsep Murabahah. Kadar faedah (atau kadar keuntungan) biasanya antara 2.45% hingga 3.10% untuk kereta baharu, manakala kereta terpakai mungkin sekitar 3.80% dan ke atas.
Antara kelebihan pinjaman kereta dari Bank Islam ialah tiada caj tersembunyi dan struktur bayaran bulanan yang telus dari awal. Sesuai untuk mereka yang nak pembiayaan tanpa riba.
3. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Maybank
Maybank adalah salah satu bank yang banyak bekerjasama dengan pengedar kereta di seluruh negara. Kadar faedah pinjaman kereta Maybank untuk kenderaan baharu berada dalam lingkungan 2.35% hingga 2.90% bergantung pada jenis kereta dan status pemohon (sama ada gaji tetap atau bebas).
Untuk kereta terpakai, kadar boleh naik kepada sekitar 3.70% ke atas. Tapi Maybank juga kerap adakan promosi interest rendah untuk model tertentu, jadi sentiasa alert dengan update promosi terkini.
4. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Bank Rakyat
Kalau anda kakitangan kerajaan, Bank Rakyat mungkin antara pilihan terbaik. Pinjaman kereta patuh syariah mereka menawarkan kadar antara 2.40% hingga 2.95% untuk kereta baru, dan sekitar 3.80% untuk kereta secondhand.
Tempoh maksimum pinjaman boleh sampai 9 tahun, dan proses lulus pun agak pantas, especially bila apply guna slip gaji kerajaan.
5. Kadar Faedah Pinjaman Kereta CIMB Bank
CIMB Bank terkenal dengan program pembiayaan kereta mereka yang fleksibel. Kadar faedah pinjaman kereta CIMB Bank untuk kenderaan baharu bermula sekitar 2.35% ke 2.85%, dengan kerjasama bersama pengedar kereta utama.
Untuk kereta terpakai pula, kadar boleh mencecah 3.60% ke atas. Keistimewaan lain adalah mereka tawarkan aplikasi online untuk semakan dan permohonan awal.
6. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Hong Leong Bank
Hong Leong Bank mungkin tidak sepopular bank lain dalam pinjaman kereta, tapi mereka menawarkan kadar kompetitif iaitu sekitar 2.45% hingga 2.95% untuk kereta baharu. Untuk kereta terpakai, kadar berada sekitar 3.50% ke atas.
Mereka juga ada pilihan pembiayaan untuk individu yang bekerja sendiri dengan dokumen minimum.
7. Kadar Faedah Pinjaman Kereta Bank Muamalat
Bank Muamalat juga menawarkan pinjaman secara Islamik untuk kereta baharu dan terpakai. Kadar faedah atau kadar keuntungan adalah sekitar 2.50% hingga 3.00% untuk kereta baru, dan 3.80% hingga 4.20% untuk kereta terpakai.
Keunikan Bank Muamalat ialah mereka sediakan fleksibiliti dalam pembayaran awal tanpa penalti, sesuai untuk mereka yang nak langsaikan awal.
Cara Kira Faedah Pinjaman Kereta
Ramai orang hanya tengok bulanan, tapi lupa kira total interest sepanjang pinjaman. Cara paling asas untuk kira faedah pinjaman kereta adalah seperti berikut:
Formula asas:
Jumlah Pinjaman × Kadar Faedah × Tempoh (tahun)
Contoh:
Kalau anda pinjam RM50,000 selama 7 tahun dengan kadar faedah 2.5%
RM50,000 × 2.5% × 7 = RM8,750 jumlah faedah sepanjang tempoh pinjaman
Jumlah sebenar yang anda bayar nanti ialah RM50,000 + RM8,750 = RM58,750
Tapi jangan lupa, bank selalunya guna kaedah flat rate atau fixed rate, jadi penting semak dengan bank jumlah bayaran bulanan secara tepat.
Tips Lulus Pinjaman Kereta Dengan Mudah
Sebelum mohon, pastikan anda bersedia dengan beberapa perkara ini. Berikut beberapa tips penting supaya permohonan anda lebih mudah diluluskan:
- Pastikan CCRIS & CTOS bersih
Kalau ada tunggakan atau komitmen tinggi, bank susah nak luluskan. - Sediakan slip gaji 3 bulan terkini
Bank nak pastikan pendapatan anda stabil. - Deposit awal sekurang-kurangnya 10%
Lagi tinggi deposit, lagi tinggi peluang lulus. - Pilih tempoh pinjaman bersesuaian
Jangan ambil tempoh terlalu lama semata-mata nak rendah bayaran bulanan. - Pastikan DSR bawah 60%
Debt Service Ratio tinggi boleh jadi punca pinjaman ditolak. - Pilih bank yang sesuai dengan status pekerjaan
Contohnya, kalau kerja kerajaan – Bank Rakyat atau Bank Islam boleh jadi pilihan baik. - Jangan mohon banyak bank serentak
Setiap kali permohonan direkod dalam sistem, ia beri kesan pada skor kredit anda.
Baca Pula : Harga Lesen Memandu Terkini di Malaysia Tahun 2025
Kesimpulan
Memilih kadar faedah pinjaman kereta yang tepat memang boleh bantu jimat banyak dalam jangka masa panjang.
Sama ada anda pilih Public Bank, Maybank, Bank Islam atau CIMB, pastikan anda buat perbandingan dan kira betul-betul berapa jumlah sebenar yang perlu dibayar. Jangan hanya fokus pada bayaran bulanan semata.
Leave a Comment